CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 1, 2008

muhasabah an-nafsi

"faktor yang menyebabkan penyimpangan pemuda kita adalah hubungan rakan. Ketika seseorang berusaha untuk melakukan pendekatan kepada Allah, mungkin suatu ketika ia duduk bersama rakan, lalu rakannya itu mengeluarkannya dari suasana taat meski hanya satu jam, sehingga ia tidak boleh lagi kembali ke suasana itu."

-Amru Khalid-




"tidaklah seorang muslim melakukan sebuah dosa, kemudian ia solat dua rakaat, kemudian meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut, melainkan Allah telah mengampuninya."
-HR Imam Ahmad dalam Musnad beliau dari Abu Bakar-


"...barangsiapa yang melakukan dosa walaupun sebesar bumi, kemudian ia menemui Aku sedang dia menyekutukan Aku, Kuberikan kepadanya sebesar itu pula ampunanKu. Dan sesiapa yang mendekati Aku sejengkal nescaya Kudekati dia satu hasta, dan sesiapa yang mendatangi Aku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan lari-lari kecil."
-Musnad Imam Ahmad-




~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

bernafas kembali

lama sungguh blog ini terbiar kesepian.. sejak mula sibuk berurusan dengan RUHUL JADID, segala yang ada di sini seperti diabaikan.. hehe maklumlah bukan mudah untuk laksanakan tugas sebagai ahli lujnah 3p...

sejak rakan mengkhabarkan penutupan blognya atas faktor-faktor tertentu, terdetik juga hasrat di hati untuk membuat perkara yang sama terhadap blog yang satu ini.. namun atas nasihat sahabat, blog ini masih mampu bernafas.. huhu

nampaknya, alin perlu mencari sumber baru =)

~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

Sunday, February 10, 2008

...mawaddah majidah 3...

berat aira sekarang sudah naik sehingga 1.6 kg.. alhamdulillah... sudah boleh keluar incubator. seronok mendengar suara halus aira... seronok melihat wajah comel aira... seronok melihat keletah aira dengan pergerakan tangannya yang sangat aktif.. ahaha


sekarang ini, satu perubahan yang nyata dalam diri alin adalah alin telah berubah minat. jika dahulu satu kegemaran alin setiap kali membeli belah adalah mengunjungi kedai buku, tetapi sekarang minat alin telah bertambah kepada mengunjungi bahagian pakaian kanak-kanak. teruja melihat pakaian bayi, seronok memilih pakaian untuk baby aira sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.. =) tak sabar rasanya ingin melihat aira besar~

auntie loves you sayang!~
be good.. =)









~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

berubah itu bukan mudah

…kaklin, mak xbg org beli novel.. mak xnk bg duit da.. waa.. tensen...

...bace lah online, lg jimat.. cuti ni teman akak buat asgmnt kat nat lib... bace lah novel kat sane kalo nak...

...bkn blh kuar pun..ko bwk lah novel blk, sblm org jd btmbh sakit ati kt umah ni...

...akak nak bwk blk keje asgmnt..beg da berat. ko bace quran lah, tenang jiwe..insyaAllah ati jadi sehat...

...uiks perli wo0o..td pon sdey2 tros smyg. Kalo x mmg nangis...

...Ko bace lah buku akak yg berlambak kat umah tu..bace sume yg faisal punyer dulu...

...dah..puisi esdyzuar best. ko ckp mmglah senang, bile jd kat ko br tau...

...btol lah ape mak ckp tu.. novel ko tu picisan. Kurg content ilmu... kan lg elok bace yg sastera? =)...

...bile ko minat, ko kesah ke sume tu? Skadar nak isi masa, novel picisan tu lah org bace.. bkn blh ubah dlm sehari...


...mmg tak blh ubah dlm sehari..tp tak mustahil utk berubah kalo usehe =)...



Adik kesayangan yang seorang ini sedang dilanda masalah jiwa... mak mula menyekat ruang kebebasannya untuk membaca novel-novel ringan yang menjadi darah dagingnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ya, dia berbeza dari kami yang lain. Zamannya lebih ‘advance’. Jika alin mula mengenali novel cinta sewaktu usia mencecah 14 tahun, zimah sudah mula membacanya seawal usianya 11 tahun. Didorong oleh minat kaklong yang turut sama frekuensinya, kedua beradik ini mula mengumpul koleksi novel mereka hingga penuh ruang kamar tidur kami.


Kadang kala alin juga terfikir, apa yang menyebabkan adik ini begitu sukar untuk berpisah dengan novel-novelnya? Kerana alin juga melalui zaman sepertinya tetapi tatkala diri berada di tingkatan 3, stamina membaca buku genre tersebut berkurangan dan terus perlina. Jika diteliti, jalan cerita bagi setiap buku hampir serupa malah sudah boleh dijangka kesudahannya. Alin mula beralih minat kepada buku-buku motivasi serta bahan bacaan bahasa inggeris. Apa yang menyebabkan adik ini semakin kuat ketagihannya?


Faktor rakan sebaya mungkin..keluarga juga mungkin, kerana kaklong juga turut punya minat yang sama. Jika dirujuk kepada artikel dalam akhbar Siasah 20-26 Januari 2008 bertajuk ‘Bancian Tahap Membaca Mahasiswa: Petanda Budaya Ilmu Kian Pudar’ :

“Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berdasarkan satu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Namun, mahasiswa Malaysia hanyalah berjumlah 12 buah buku selama tiga tahun pengajian.”


Jumlah buku yang dibaca oleh kelompok remaja kita berada pada tahap yang paling rendah. Sudahlah bilangan bukunya sedikit, kualitinya pula masih boleh dipertikaikan. Apa yang boleh diharapkan jika buku yang dibaca hanya seputar hal remeh temeh. Inilah yang cuba untuk alin elakkan dari diri sendiri serta adik kesayangan yang bakal melangkah ke alam menara gading tidak lama lagi.


Al-Biruni masih tetap bertanyakan soal keilmuan meskipun sewaktu beliau sedang sakit. Ulama, Al-Jahiz meninggal dunia dek tertimbus oleh timbunan buku-buku miliknya sendiri. Lebih menarik, seumur hidup Ibn Rusyd hanya dua hari beliau meninggalkan ilmu iaitu pada hari kematian bapanya dan pada hari pernikahannya. Sebaliknya kita seumur hidup mengabaikan ilmu melainkan menjelang peperiksaan dan sewaktu dipanggil temuduga pekerjaan. =)


“budaya ilmu dan tamadun yang lahir darinya adalah berkait rapat dengan sistem nilai (aksiologi), pandangan alam (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial dan individu yang berada di dalamnya”

– Prof Wan Mohd Nor Wan Daud



~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

Saturday, January 19, 2008

...mawaddah majidah 2...

this little cute girl is growing up each day...

alhamdulillah..her weight has now reaching 1kg which makes herself healthier =)

what else sould i say... i love her!~

cant wait to see her growing up like other kids...








~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~


ujian


...terlalu banyak yang berlaku dalam kalangan kita semua. sampai sekarang, alin masih mencari petunjuk yang Allah cuba sampaikan buat kita. takut sangat kalau kita terus leka...


...
emm, kita tak tahu apa yang akan berlaku lagi. yang penting banyak bersabar dan solat pada waktunya. semua yang berlaku menunjukkan Dia sayang pada kita semua. semua yang berlaku adalah ujian untuk kita sentiasa berwaspada dengan tindakan kita. ujian yang datang sebenarnya akan dekatkan lagi kita denganNya. semua yang berlaku itu macam amaran-amaran pada kita semua. Ia ibarat kita dalam perjalanan menyusuri lebuhraya. di kiri kanan jalan ada papan tanda amaran supaya dalam perjalanan kita sentiasa berhati-hati semoga sampai ke tempat yang dituju. hidup ini kan satu perjalanan...



...moga kita semua dilorongkan pada jalan kebenaran. kita semua perlu saling mengingati...



...insyaAllah. semoga kita semua mendapat hidayahNya...


~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~

Friday, January 18, 2008

damainya kampungku~

beberapa gambar yang diambil dari laman web fotopages vhan... rindu rasanya pada kampung kami... rindu zaman kanak-kanak yang dihabiskan di sana...


Lorong Haji Yakin, Lubuk Cina, Melaka


rindu bermain masak-masak di bangsal rumah wan ini...tanah terbiar ini adalah bekas sawah padi...


bulan malam di kampung wan


rindu bermain basikal dan roller blade di jalan kecil ini


senja...



p/s: terima kasih kepada vhan kerana sudi menaja "ekspedisi ipip - kinabalu 2008".


~** andai fasih dalam berbicara,
biar ikhlas dari hatinya **~